Calendar Wednesday, November 22, 2017
Text Size
   
PDF Print E-mail

 

Ceramah Kerjaya Karnival Kerjaya Keusahawanan & Graduan 2012


 

Pada 29 Jun 2012

Forum kerjaya di mulakan pada pukul 3 p.m selepas majlis perasmian carnival K3G oleh Menteri Pengajian Tinggi. Forum kerjaya ini terdiri dengan penceramah jemputan iaitu YB Khairy Jamaluddin (Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad), Jason lo (Pengarah Eksekutif TuneTalk Sdn. Bhd), dan Mohd Najid Yahya (Pengarah, Bahagian Sumber Manusia Al-Rajhi Bank) dan diteraju oleh moderator iaitu Pn. Anastasia Raj (Country Head Talent Acquisition) Standard Chartered).

Selama forum ini berlangsung penceramah banyak menerangkan tip-tip yang berguna kepada mahasiswa-mahasiswa dan juga orang awam bagaimana hendak berjaya dalam memohon pekerjaan.

Selain itu, penceramah juga memberi pandangan terhadap mahasiswa yang menghadiri temuduga.

Forum ini berlangsung selama 1 jam dan diakhiri dengan sesi bergambar bersama mahasiswa dan juga orang awam yang hadir ke forum ini. Penceramah juga diberi sedikit cenderamata. Forum tamat.

 

30 Jun 2012

Forum kerjaya bermula pada pukul 2.30 p.m. dan tamat pada pukul 4.30 p.m. Selain itu, forum ini dihadiri oleh penceramah yang terkenal iaitu Dato’ Mokhzani Tun Mahathir (Pengarah Eksekutif Kencana Petroleum Berhad), Norman Halim (Pengarah Urusan KRU Studios Sdn. Bhd), Tuan Haji Burhanuddin Md Radzi (Pengarah Urusan Les’ Copaque Production) dan En Yuri Zaharin Wahab (Country Managing Director Cisco Systems Malaysia) dan dikendalikan oleh Dato’ Dr John Anthony Xavier (Graduate School Of Management UPM)

Forum yang berlangsung selama 2 jam ini turut dihadiri oleh mahasiswa-mahasiswa dan juga orang awam yang hadir untuk carnival kerjaya.

Sebelum bermula forum ini para penceramah di bawa ke bilik jamuan untuk menjamu sedikit makanan ringan dan memastikan penceramah berkumpul sebelum bermulanya forum.

Selepas berakhir forum kerjaya, penceramah menerima sedikit cenderahati untuk kenang-kenangan dan dijamu minum petang. Selain itu juga sesi bergambar juga turut diadakan bagi penonton yang hadir.

Pengisian forum kerjaya kali ini banyak menerangkan skop kerjaya intipati syarikat masing-masing dan juga tip-tip yang berguna untuk mahasiswa untuk bejaya dalam temuduga.

 

1 Julai 2012 (10-11.30 am)

Forum bermula pada pukul 10 a.m dan dihadiri oleh artis seperti Ainul Aisyah, Heliza, Hafiz Hamidun dan Anna Rafali.

Kesemua penceramah ini dibawa ke bilik jamuan untuk menjamu selera dan berbincang. Selain itu, forum kerjaya dikendalikan oleh heliza.

Intipati forum ini adalah berkenaan bagaimana hiburan boleh menjadi keusahawanan. Artis-artis juga memberi banyak tip-tip untuk menjadi usahawan kepada mahasiswa-mahasiswa.

Forum ini diakhiri dengan memberi cenderamata dan jamuan ringkas dibilik jamuan. Selain itu juga, terdapat sesi bergambar bersama artis

(2.30 p.m)

Forum ini berlangsung pada pukul 2.30. Forum ini dihadiri oleh En Zainal Abidin Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KPT, En Mohd Zakir (Managing Director Hotdogs 1901), En Andrew Wong(Founder MAD Incubator) dan En Sajith Sivanandhan (Ketua Google Malaysia).

Selepas berakhir forum kerjaya, penceramah menerima sedikit cenderahati untuk kenang-kenangan dan dijamu minum petang. Selain itu juga sesi bergambar juga turut diadakan bagi penonton yang hadir.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Seminar Penulisan Resume Kolej 10 dan Kolej 11


Tajuk: Penulisan resume

Tarikh:  Mac 2012

Masa: 8.00 malam– 10. 30 malam

Tempat: Kolej 10

Penceramah: JabatanTenagaKerja (En. Hatta)

Objektif Program:

  • Memberi maklumat berkaitan penulisan resume yang efektif kepada pelajar kolej 10 dan Kolej 11.
  • Memberi pendedahan tentang format-format resume yang baik
  • Meningkatkan tahap kepakaran pelajar dalam penulisan resume yang berkesan

Impak Program:

  • Daripada program yang dijalankan, pelajar dapat menghasilkan resume yang lebih baik dan efektif di masa akan datang.
  • Selain itu, melalui program ini pelajar dapat mengenalpasti kekuatan yang perlu ada pada resume untuk menarik perhatian pihak majikan.

 

 

 

 

Seminar Penulisan Resume Kolej Ke-2


Tajuk: Penulisan resume

Tarikh: Februari 2012

Masa: 9.00 pagi – 12. 30 tengahari

Tempat: Kolej Ke-2

Penceramah: JabatanTenagaKerja (En. Hatta)

Objektif Program:

  • Memberimaklumat berkaitan penulisan resume yang efektif kepada pelajar kolej ke- 2.
  • Memberi pendedahan tentang format-format resume yang baik
  • Meningkatkan tahap kepakaran pelajar dalam penulisan resume yang berkesan

Impak Program:

  • Daripada program yang dijalankan, pelajar dapat menghasilkan resume yang lebih baik dan efektif di masa akan datang.
  • Selain itu, Selain itu, melalui program ini pelajar dapat mengenalpasti kekuatan yang perlu ada pada resume untuk menarik perhatian pihak majikan.

 

 

Konvokesyen Program MyCareer MyFuture di UPM Meriah

Oleh Halilah Hamid dan Noor Hashimah Mohd Sani (CPC)

 

Majlis konvokesyen Program MyCareer MyFuture (MCMF) telah berlangsung dengan meriah dan jayanya pada 9-10 Julai 2011 di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKSSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk meraikan 263 para graduan MCMF yang telah berjaya menamatkan sesi latihan dalam masa yang ditetapkan. Suasana gemilang ini telah disertai oleh, 70 graduan UPM, 78 dari Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) dan selebihnya 115 orang graduan dari IPTA dan IPTS lain. Majlis yang bermula jam 9 pagi ini telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Tai Shzee Yew, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat),UPM dan turut dihadiri oleh Dr. Che An Abdul Ghani, Pengarah Pusat Penempatan Kerjaya,UPM; Encik Abdul Hadi bin Omar selaku Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Hubungan Industri, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT); Encik Omar Shariff Mydeen, Pengarah Urusan My-Partners Sdn Bhd; dan Encik Jude Mohan, Ketua Pegawai Operasi Scicom (MSC) Berhad.

 

pic1

Gambar 1: Penyampaian Anugerah Graduan Terbaik

 

Di majlis yang sama, Career Fair turut diadakan selepas majlis konvokesyen untuk memberi peluang kepada graduan memilih pekerjaan dan bakal majikan masing-masing. Career Fair ini berlangsung selama 2 hari dan telah berjaya menarik penyertaan 15 buah syarikat terkemuka  seperti Maybank, 7-Eleven (M) Sdn Bhd, Chicken Rice Shop, Megasteel Sdn Bhd, Shushi King Sdn Bhd dan lain-lain. Ternyata MCMF telah berjaya memendekkan jangka masa pengangguran apabila dianggarkan lebih daripada separuh graduan telah berjaya melepasi temuduga dan dipanggil bekerja.

 

 

My-Partners Sdn Bhd selaku pusat koordinasi projek berminat untuk berkerjasama dengan UPM selepas lanjutan penyertaan mereka dalam Program Career Expo UPM 2011 (UPMCE 2011) anjuran Pusat Penempatan Kerjaya (CPC), UPM pada 14 hingga 15 April 2011. Menurut pengarah CPC, Dr. Che An Abdul Ghani menyatakan objektif MCMF adalah selari dengan matlamat penubuhan CPC iaitu menyediakan perkhidmatan dan peluang pekerjaan bagi pelajar UPM yang akan bergraduat dan yang sedang menuntut. Seterusnya, program MCMF ini adalah selaras dengan matlamat UPM untuk meningkatkan kebolehpasaran graduannya. Tambah beliau lagi, CPC amat berbangga  kerana dapat menjalinkan kerjasama dengan agensi luar untuk mendukung aspirasi UPM.

 

pic2

Gambar 2: Upacara melafaskan ikrar graduan MCMF

 

 

MCMF yang merupakan program kerjasama antara KPT, My-Partners Sdn Bhd dan CPC telah memulakan latihan tahun ini pada 30 Mei 2011 hingga 8 Julai 2011 bertempat di Kompleks Mahasiswa, UPM. Majlis ini diserikan dengan kehadiran peserta dari Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Islam Antarabangsa(UIA) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Apa yang lebih menarik, MCMF memberi peluang kepada graduan  yang mempunyai CGPA di bawah 3.0 supaya dapat bersaing dengan graduan yang memperoleh CGPA yang lebih cemerlang.

 

Sepanjang 6 minggu latihan, para peserta didedahkan dengan  latihan dalam operasi pusat panggilan, komunikasi dan perkhidmatan pelanggan. Perlaksanaan program merangkumi makmal latihan dan sesi amali yang mensimulasikan scenario pusat panggilan yang sebenar. Ketika permulaan perlaksanaan MCMF dalam tahun 2009-2010, laporan menunjukkan ia memberi faedah kepada 2,000 mahasiswa, di mana 90% berjaya mendapat pekerjaan yang bersesuaian, manakala 8.0% melanjutkan pelajaran selepas mengikuti program. Program ini diharap dapat terus diadakan supaya dapat mengurangkan pengangguran di kalangan siswazah, menggalakkan pertumbuhan industri penyumberan luar tempatan, meningkatkan bekalan tenaga kerja yang berkualiti tinggi, mengurangkan permintaan dan pergantungan kepada pekerja asing.

 

Pihak CPC berharap kerjasama ini dapat diteruskan demi kecemerlangan graduan UPM.

 

pic3

Gambar 3: Graduan MCMF 2011

 

 

 

CAREER EXPO UPM 2011

UPM Career Expo 2011 was held from 14 to 15 April 2011, at the Great Hall, PKKSSAAS. Various programs were arranged during the career expo, such as career fairs, career talks and interviews. Open a real interview by potential employers was held successfully. A total of 76 companies that have participated in Career Expo 2011 UPM.

UPM Career Expo 2011 is an initiative in an effort to open up career information disclosure, especially to our graduates and future graduates. It is also based program involving various sectors and targeting different target groups to address issues of marketability and employability and career development. An estimated 3000 visitors are made ​​up of graduates and future graduates UPM UPM and university students and the public who have information and participate in open interviews.

Career Expo is also believed to have significant impact on university students as well as private institutions, especially the graduates and future graduates in an effort to help them obtain complete information on their career development.

Total Company: 76 companies

Total visitor attendance: 3000 Students

Total Resumes submitted: 4455 resumes


 

Last Updated on Wednesday, 25 July 2012 10:48
 
RocketTheme Joomla Templates